22 Dec 2016

Basic atau Extra?

Jika kita seorang pekerja kepada Bos yang Maha Baik, Maha Pemurah...agak-agak kita nak jadi pekerja yang macam mana?


Oleh Dr Nurul Huda Ariza


Bayangkan kita ada syarikat kecil dengan beberapa orang pekerja.
Syarikat kita beroperasi 5 hari seminggu. Jika buat overtime hujung minggu dialu-alukan. Masuk pukul 8 pagi, makan pagi pukul 10 pagi, rehat tengahari pukul 1 tengahari selama sejam.
Pekerja 1
Datang tak pernah lambat, balik on time lepas habis kerja, rehat tengahari macam biasa, masuk balik on time, kerja 5 hari seminggu, tak pernah overtime.
Jika saya bos : Pekerja ini pekerja yang baik. Menyenangkan hati. Tak.payah surat amaran bagai. Cukup bulan saya bagi gaji.
Pekerja 2
Sekali sekala datang lewat, kekadang MC, balik on time, rehat on time, kerja 5 hari seminggu, kerja sentiasa siap cuma mungkin lambat sikit.
Jika saya bos : Pekerja ini kekadang menduga iman. Sekali sekala kene tegur supaya tak.berulang kesilapan atau takut makin menjadi jadi masalah disiplin. Cukup bulan saya tetap bagi gaji macam biasa
Pekerja 3
Datang awal setiap hari. Tidak pernah masuk lewat kerja. Hantar tugasan on time. Adakalanya waktu rehat meneruskan kerja. Kerja 5-7 kali sehari, overtime. Selalu bantu siapkan tugas rakan.sekerja yang tak ha is. Extra work
Jika saya bos : Saya sayangkan pekerja yang ini. Cukup bulan saya bagi extra gaji atas ketekunan dan kerajinan dia, saya akan peka jika apa apa terjadi pada dia sebab akan.terasa.jika dia tiada.
Seorang rakan matrikulasi saya satu masa dahulu pernah berkata pada saya
"Nurul, aku.tengok ko bagus sangat jaga sembahyang. Ko outing pun ko sembahyang. On the way balik kampung pun ko sembahyang bila bas berhenti rehat".
"Apa yang bagusnya. Aku buat apa yang wajib. Yang Allah suruh, yang sesiapa pun kene buat. Yang membezakan kita dengan bukan Islam. Takde istimewanya. Aku bukan buat mende extra pun. Orang lain bangun malam qiamullail, kita tidur, orang lain mengaji 2 helai sehari kita Yaasin seminggu sekali pun belum tentu. Aku biasa je. Semua orang Islam kene buat apa yang aku buat mende basic".
Jika kita seorang pekerja kepada Bos yang Maha Baik, Maha Pemurah...agak-agak kita nak jadi pekerja yang macam mana?

Muhasabah untuk diri sendiri yang selalu alpa


No comments:

Post a Comment