26 Dec 2016

Kenapa pandang pangkat?

Salahkah senyum dan berlembut sahaja pada sesiapa? Tak bolehkah bertutur dengan bahasa yang sopan pada sesiapa sahaja?
Di sebuah klinik kerajaan

Waktu itu saya masih baru bergelar doktor. Ingin buat ujian HIV untuk screening sebelum berkahwin.

Beratur di belakang 2 orang warga emas, Melayu dan India sambil tunggu untuk ambil nombor giliran.

Sakit telinga. Yang bertugas di kaunter sangat kasar bahasanya dengan makcik dan aunty tadi.

Bengis mukanya. Tiada secalit senyuman. Masih awal pagi, encik.

Tiba giliran saya, bengis juga. Kasar juga. Sehinggalah mereka tanya kerja di mana. Hospital, jawab saya sepatah. Saya lihat mereka berbisik lalu salah seorang tanya, doktor ke. Ya, sepatah saya jawab.

Hilang serta merta dua makhluk bengis tadi. Tutur kata jadi lembut, lenggok badan jadi sopan dan lemah lembut.

"Doktor, ke kaunter 2 ye".

Mujur saya masih baru. Hati saya terguris mengenangkan makcik dan aunty yang dilayan macam sampah dan saya dilayan baik sekali.

Ini mentaliti orang kita. Hormat manusia pada pangkat dan nama. Dan kita minta orang hormat kita walhal kita bukan sahaja tidak hormat orang lain, malah kita bersikap kurang ajar pula pada orang.
Salahkah senyum dan berlembut sahaja pada sesiapa? Tak bolehkah bertutur dengan bahasa yang sopan pada sesiapa sahaja?
Malu. Malunya saya dengan orang-orang yang bersikap begini.
Jika nak orang hormat kita, hormat orang lain.terlebih dahulu. Rezeki dan kebahagiaan akan hadir dengan redha.dan senang orang lain pada kita.

Allah perhati tau!

#ilovemyjob #sayadoktorbiasa

No comments:

Post a Comment