24 Dec 2016

Kepentingan bermain dalam hidup anak-anak

Kita ni selalu nampak anak-anak tengah main tu satu ke huru-haraan. Rasa serabut. Bising sangat. Bersepah sangat. Kan? 
Oleh Ucu HurunAdnin

Ucu rasa berbesar hati untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua terutama mereka yang bergelar ibu bapa dan guru, tentang kepentingan bermain dalam hidup anak-anak.

Perkongsian ini sebenarnya adalah daripada perkongsian Ucu sendiri dalam slot di radio Harmoni Nasional FM pada 11 November 2016 (Ahad) lepas.

Ok jom laah Ucu mula. Mesti dah tak sabar kan nak tahu, kenapa agaknya anak-anak ni perlu bermain. Tak boleh ke duduk diam-diam? Tengok TV je ke? Main game ke?

Jom kita teroka. Dah sedia ke? Lapangkan minda. Lapangkan hati. Ambil nafas dalam-dalam dan tenang. Eh kenapa? Sebab Ucu nak ibu-ibu, ayah-ayah dan guru-guru bersedia dan boleh terus cuba aplikasi kepada anak-anak tercinta.

*sebelum tu, Ucu mohon maaf ya kalau bahasa bercampur. Bukan sebab pandai English. Tapi sebab masa belajar dulu dari diploma hingga ijazah, istilah-istilah dan semua sesi pembelajaran adalah dalam Bahasa Inggeris. Agak janggal dan tak biasa bila di translate kepada Bahasa Malaysia. Huhu. Maaf ya.

*************************************************
KENAPA ANAK-ANAK PERLU BERMAIN?

Aspek perkembangan yang berlaku ketika bermain :
1) Physical Development (gross motor and fine motor skills)
2) Emotional Development (happy, sad)
3) Language/Literacy Development (bubbling, talking)
4) Sensory Development (touch, smell, hear, taste)
5) Cognitive Development (problem-solving, creative, imaginative)
6) Social Development (interaction, communication)

Kita ni selalu nampak anak-anak tengah main tu satu ke huru-haraan. Rasa serabut. Bising sangat. Bersepah sangat. Kan?

Oppss!! Sabar banyak-banyak ye ibu ayah semuaa. Tenang. Ambil nafas hembus perlahan-lahan.

Ucu percaya, lepas ibu ayah semua dah faham, pasti lepas ni nak bagi anak main je selalu. Siap join main sekali. Hehe.

Nak tahu tak? Sebenarnya mereka bukan sekadar bermain tau. Tanpa sedar, perkembangan diri mereka sedang bertambah. Tak percaya? Jom kita ingat balik masa anak-anak main, mereka berlari, berjalan, melompat dan macam-macam lagi kan? Haa tu la perkembangan fizikal (kemahiran motor kasar/gross motor skill) mereka.

Lepas tu, bila anak bermain, semestinya mereka akan bercakap kan? Kalau untuk bayi atau toddler, mereka akan mumbling kan? Alaa yang bunyi-bunyi pelat mereka bercakap tu. Itu lah dia perkembangan literacy atau kita kata perkembangan bahasa.

Bila mereka main, mereka pasti ada pegang sesuatu kan? Hidu, dengar  dan lihat sesuatu. Itu sebenarnya dah dalam kategori perkembangan deria.

Selain dari itu, mereka secara tak langsung mesti keluar macam-macam idea. Nak susun kereta la. Nak buat rumah la. Kadang-kadang alat mainan penyodok pun boleh jadi sotong. Haa tu laa perkembangan kognitif. Mereka berimaginasi, jadi kreatif dengan permainan.

Seperkara lagi, sebenarnya masa bermain tu, anak-anak sedang explore dan observe. Observe apa? Contohnya, kalau saya panjat kerusi, jatuh tak? Yey tak jatuh. Boleh panjat lagi! Kalau saya ketuk meja ni, ada bunyi tak? Waah ada bunyi laa. Ketuk Lagi!

Boleh nampak tak? Kenapa anak-anak wajib bermain? haa dah tahap wajib dah ni. hehe. Rugi kan kalau tak bermain? Semua perkembangan berlaku serentak ketika mereka bermain. Itu lah yang membantu mereka membesar dan belajar.

No comments:

Post a Comment