23 Dec 2016

Pedoman Sejengkal

Ilmu secetek dicanang megah seperti tuhan begitu sempurna 

Ilmu secetek dicanang megah
seperti tuhan begitu sempurna
lupa sebentar siapa maha pencipta
menjadi penghukum segala kerja
mengaburi akal antara dusta dan benar
pedoman sejengkal disangka hebat.

Pahala dan dosa bukan manusia penentu
sebaliknya meyakini segala perbuatan ada ganjaran
akal dan perasaan anugerah tuhan
sebagai hiasan kepada manusia yang diciptakan .

Pedoman itu adalah satu kekuatan
meyakini Allah dalam setiap amalan
bukan bongkak disangka kehebatan
sehingga semua manusia dianggap  sesat .

Belajar menerima sebuah kebenaran
dengan  pedoman anugerah tuhan
agar Allah sentiasa bersama
di landasan pegangan murni keimanan.

Walid Ameer El-Haq
Gurun , Kedah
23 Rabiul Awal 1436H

No comments:

Post a Comment