31 Dec 2016

Pisang tingkatkan kualiti tidur

Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang bertindak sebagai penenang otot semula jadi. Pisang juga mengandungi kandungan melatonin yang tinggi sehingga memudahkan tubuh untuk lelap.

PISANG diketahui sebagai salah satu buah yang mengenyangkan selain mampu memberi tenaga segera kepada tubuh.

Kajian terbaharu mendapati, amalan memakan pisang terutamanya pada waktu malam atau sebelum tidur memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat, Russell Rosenberg berkata, pisang mengandungi magnesium dan potasium yang bertindak sebagai penenang otot semula jadi.

“Kandungan potasium juga berperanan penting untuk kesihatan jantung dan mampu menormalkan tekanan darah yang dikaitkan dengan serangan jantung,” katanya.

Tambah Rosenberg, makan pisang pada malam hari juga dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur berikutan kandungan melatoninnya yang tinggi sehingga memudahkan tubuh untuk lelap.

“Selain itu, serat dalam pisang juga memberi kelebihan kepada tubuh dengan membantu melancarkan pencernaan apabila bangun tidur,” katanya.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

No comments:

Post a Comment