29 Dec 2016

Resepi Daging Goreng Kicap Pedas Lazat

Resepi daging goreng kicap pedas lazat menjilat jari
Bahan-bahan adalah seperti berkut:-

1 kg daging batang pinang
1 inci halia
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 biji bawang besar

5 sudu besar cili blend
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos seafood adabi
3 sudu besar sos tomato
1 biji bawang holland- potong gegelang
11 biji cili akar - dikerat 2
Garam & gula secukup rasa
Aji- optional
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:-

1kg daging batang pinang dibersihkan, kemudian dipotong nipis.
Letakkan garam dan kunyt secukupnya, seterusnya digoreng hingga garing..
Daging goreng diangkat dan toskan. Ketepikan erlebih dahulu.

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan-bahan kisar bersama cili kisar hingga garing.
- Masukkan sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji). Kacau hingga sekata.
- Selepas 2 - 3 minit masukkan daging yang telah digoreng bersama bawang holland & cili akar. kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk.. rasa.. kalau dah cukup rasa.. tutup api.. siap.

Selamat mencuba! 😊

1 comment: