22 Dec 2016

Resipi Waffles Rangup Mama!

Apa hidangan ringan anda bersama suami dan anak-anak pada musim cuti sekolah ni? Pasti anda kini sedang mencari idea resipi sihat dan mudah untuk keluarga. Apa kata jadikan hidangan Waffles sebagai juadah santai kalian.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa hidangan ringan anda bersama suami dan anak-anak pada musim cuti sekolah ni? Pasti anda kini sedang mencari idea resipi sihat dan mudah untuk keluarga. Apa kata jadikan hidangan Waffles sebagai juadah santai kalian.

Caranya mudah sahaja. Bahan-bahan dan cara penyediaan seperti berikut. Selamat mencuba para ibu sekalian!

BAHAN-BAHAN :

TEPUNG SERBAGUNA 385 gm
SUSU TEPUNG  75 gm
GARAM                1 Sudu Teh
GULA 38 gm
TELUR 3 biji   
AIR 600 ml
BAKING POWDER 13 gm
MINYAK 200 ml

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan semua bahan kering dan gaul rata.
2. Masukkan telur, air dan minyak dan pukul hingga kembang.
3. Kisarkan adunan dan tapis.
4. Rehatkan selama 30 minit.
5. Panaskan mesinwaffle dan bakar.
6. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment