16 Dec 2016

Tandas Masjid dan Selipar

Ini attitude kita, benda mudah, susah benor nak ikut.

Oleh : Dr Nurul Huda Ariza

Singgah di sebuah masjid dalam perjalanan pulang semalam, segera ke tandas. Anak dan ibu sama-sama besior (kata orang Perak).

"Sila Gunakan Selipar Yang Disediakan"

Tertera di dinding masuk tandas tetapi ramai orang di dalam tandas, selipar habis digunakan. Saya dan anak berkaki ayam masuk ke tandas.

Lantainya bersih. Sambil itu saya perhatikan kaki-kaki pengguna lain. Semua memakai selipar tandas. Pasti, bersih tandas ini tanpa selipar luar.

Belum sempat masuk, seorang kakak bersahaja masuk dengan sandalnya.

"Akak, dalam ni tak boleh pakai selipar sendiri, kotor. Ada selipar tandas disediakan."

"Yeke? Tak tulis pun tak boleh pakai selipar sendiri?"

Lantas seorang makcik tolong jawabkan,"Pakai selipar tandas, nanti kotor tandas ni."

"Selipar dah takda nak buat macam mana?!"

Biarkanlah. Saya selesaikan mencebuk anak di dalam jamban. Sesudah saya buka pintu, berdiri 3 orang anak dara di hadapan saya.

Kaki mereka. Kaki mereka memakai sandal masing-masing.

"Eh, pakai kasut sendiri?"

"Ye. Kalau akak nak pakai selipar tandas ada kat luar."

Tahu rupanya saya dan anak berkaki ayam.

"Akak dengan anak tak pakai selipar sebab selipar tandas habis orang guna, nak jaga kebersihan toilet. Adik-adik masuk selamba je dengan kasut."

Perlahan je. Kita bukan nak gaduh.

Mungkin saya salah faham. Di dalam kereta saya counter check dengan suami. Di tandas lelaki, tiada seorang pun yang masuk memakai kasut sendiri, dan jika tiada selipar masing-masing berkaki ayam.

"Sila Gunakan Selipar Yang Disediakan"

1) Owh..tak boleh pakai kasut kita.
2) Selipar yang disediakan habis, jadi boleh guna selipar sendiri
3) Boleh pilih, nak guna selipar tandas atau selipar sendiri

Interpretasi yang berbeza.

Jadi, saya salahkan pihak masjid yang tak letak sign "Sila Tanggalkan Selipar/Kasut Anda".

Kan orang dah salah faham....

Ini attitude kita, benda mudah, susah benor nak ikut.

Kalau saya yang salah tafsir ayat pengurusan masjid tu, maafkan saya..

#ibrahdimanamana                      

No comments:

Post a Comment