26 Dec 2016

Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah Tanpa Perlu Jahit

Lencana yang ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa menyediakannya sangat singkat. Ia juga akan kekal lama walaupun dibasuh dengan mesin basuh.

Bahan yang diperlukan:                                                                                                                             1. Gam UHU
2. Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
3. Kertas tebal/cardboard/manila kad
4. Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Lencana yang ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa menyediakannya sangat singkat. Ia juga akan kekal lama walaupun dibasuh dengan mesin basuh.

Sekiranya tertanggal, ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

No comments:

Post a Comment