26 Dec 2016

Tips Menghadapi Psoriasis

PSORIASIS adalah penyakit yang tidak boleh berjangkit. Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Anda perlu tahu bahawa penyakit PSORIASIS adalah penyakit sepanjang hidup (life long), tidak boleh diubati, hanya boleh dikawal. PSORIASIS boleh menjadi lega sedikit dan kemudian kembali menjadi teruk (flares).

Oleh : Dr. Nurul Huda Ariza, telah 10 tahun bertugas sebagai Pegawai Perubatan di salah sebuah hospital kerajaan.


Assalamualaikum
Hari itu, ada seorang pesakit datang untuk rawatan sakit badannya. Pesakit ini seorang cikgu. Selesai preskripsi ubat, saya tanyakan padanya tentang keadaan kulitnya yang kelihatan agak kasar dan menebal.
"Psoriasis ye cikgu? Berapa lama dah ni?". 
Kasihan sebenarnya kerana cikgu nampak sangat tidak selesa dengan masalah kulitnya itu.

"Iye doktor, sekarang pun dalam rawatan Pakar Kulit, tapi sama aje. Sekejap dia naik teruk, sekejap dia ok sikit. Tapi stress jugakla doktor. Bila kesekolah, kawan-kawan dan anak murid pandang kita semacam. Ada yang taknak dekat langsung, takut berjangkit". Mengeluh cikgu ni.

Saya janji padanya untuk mengkaji lanjut tentang PSORIASIS dan mencadangkan suplemen tertentu untuk melegakan sedikit keadaannya sekarang setelah dia bertanya pada saya cadangan suplemen yang perlu.

Apa itu PSORIASIS?

Perbezaan Kulit Sihat dan Psoriasis
(Gambar)
PSORIASIS adalah penyakit autoimmune yang menyebabkan kadar proliferasi kulit lebih pada biasa dan menyebabkan kulit menebal, mengering dan bersisik dan menjadi plak. 

PSORIASIS adalah penyakit yang tidak boleh berjangkit. Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Anda perlu tahu bahawa penyakit PSORIASIS adalah penyakit sepanjang hidup (life long), tidak boleh diubati, hanya boleh dikawal. PSORIASIS boleh menjadi lega sedikit dan kemudian kembali menjadi teruk (flares).

PSORIASIS biasa berlaku pada kawasan badan seperti lutut, siku, kulit kepala tetapi ada juga psoriasis yang lebih teruk, terjadi kepada seluruh badan. Kajian menunjukkan, pada musim sejuk, psoriasis menjadi semakin teruk. Psoriasis juga boleh menjangkiti hanya kuku sahaja, tiada ditempat lain.


Seperti yang saya katakan di atas tadi, PSORIASIS tidak berjangkit tetapi boleh terjadi mengikut factor keturunan (genetic).

Adalah sangat penting untuk pesakit PSORIASIS mengelak daripada factor-factor yang mengakibatkan PSORIASIS semakin bertambah teruk (flares). 
Antaranya :
1. Kecederaan kulit-kecederaan kulit akan mengakibatkan plak psoriasis tumbuh dan merebak dengan cepat.

2. Tekanan dan anxiety-kedua-duanya akan menyebabkan PSORIASIS tiba-tiba terjadi atau menyebabkan PSORIASIS yang sedia ada menjadi lebih teruk.

3. Jangkitan kuman-jangkitan kuman seperti bakteria boleh mengakibatkan timbul penyakit PSORIASIS secara tiba-tiba

4. Ubat-ubatan-ubatan seperti ubat tahan sakit (NSAIDS) boleh menyebabkan PSORIASIS bertambah teruk. Jika anda memerlukan ubat jenis ini, sila dapatkan nasihat dari doktor anda.

5.Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan

6.Merokok

Bagaimanapun, kajian menunjukkan kawalan pemakanan tidak membantu dalam mengurangkan apalagi memulihkan penyakit PSORIASIS dan juga tidak menyebabkan ianya menjadi semakin teruk.

Sehingga hari ini, tiada ubat untuk menyembuhkan PSORIASIS. Tujuan rawatan PSORIASIS adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan kadar proliferasi sel kulit yang mengakibatkan kulit menjadi tebal, bersisik dan berplak. Namun begitu, anda jangan tertekan kerana kebanyakan psoriasis adalah jenis yang ringan dan hanya jika dirangsang oleh factor-factor diatas biasanya PSORIASIS  akan menjadi teruk.

7 TIPS UNTUK PENJAGAAN PSORIASIS ANDA
-Kekalkan kelembapan kulit
-Mandi dengan penuh penjagaan
-Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
-Berhenti merokok
-Ambil makanan berkhasiat dan seimbang
-Memastikan kesihatan mental anda normal/ tidak stress

*credit to WebMD, National Psoriasis Foundation and medicine.net for information

No comments:

Post a Comment