29 Jan 2017

Keperluan Spesifikasi Komputer Bagi Seorang Designer

DESIGNER PERLU TAHU perkara ini kerana ia saling BERKAITAN DENGAN PROSES PENGHASILAN GRAFIK dan ada ketika ia menjadi penyebab TERGENDALA KERJA GRAFIK

25 Jan 2017

Seindah Lafaz Bismillah Siri 1


BAB 1

Sarimah membelek album biru yang bercorak bunga tulip perlahan-perlahan. Sarimah tersenyum sendiri kerana setiap gambar itu mempunyai ceritanya sendiri dan mampu mengubat kerinduannya pada seseorang.  Antara berpuluh gambar yang ditatap, Sarimah keluarkan sekeping gambar, lama ditatapnya gambar itu.

“ Ibu, kenapa ibu suka sebut bismillah,bismillah,bismillah? Apa maksudnya tu ibu?” Sarimah memeluk dan mencium pipi merah sikecil itu. Husna baru berusia 8 tahun ketika itu. Geram Sarimah hingga ingin mencubit saja bibir Husna yang suka mencebik bila bertanya soalan.

Bismillah tu maksudnya ‘Dengan nama Allah’. Bila Husna nak makan, minum, pakai baju dan keluar rumah, ibu selalu pesan pada Husna supaya jangan lupa baca bismillah.”

“Tapi yang Husna baca tu panjang…..Bismillahirahmanirahim…. ibu baca pendek je..bismillah.”

Sarimah tersenyum. Dia memang suka melayan anak tunggalnya ini. Suka bercakap,bertanya dan kuat merajuk juga. “Bismillah tu dipendekkan daripada perkataan Bismillahirahmanirahim yang bermaksud ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang’. Kedua-duanya sama sayang. Ibu baca yang pendek sebagai zikir. Tapi bila Husna nak lakukan sesuatu lebih baik Husna baca ‘Bismillahirrahmanirrahim..’.

“ Oh macam tu ye ibu. Baiklah Husna pun nk buat mcm ibu la. Bila baca banyak-banyak nanti Husna pun dapat pahala banyak-banyak. Bila dapat pahala banyak, Husna dapatlah masuk syurga dengan ibu dan ayah. Ustaz Fariq cakap, syurga tu cantik sangat. Betulkan ibu?”

“ Assalamualaikum.  Ibu, Husna dah balik ni. “

Lamunan Sarimah terhenti, terkejut dengan kehadiran anak gadisnya itu. Kini Husna sudah pun menjadi seorang anak gadis yang manis. Walaupun peristiwa yang berlaku itu sudah 9 tahun berlalu tetapi ia masih segar menemani hari-hari Sarimah.

“ Ibu tengok gambar ni lagi? Hmm…mesti rindu Husna ni. Rindu ibu juga.” Husna memeluk Sarimah. Kasih Husna pada ibunya tidak dapat ditolak bandingkan. Yang pasti kasihnya itu adalah selepas Allah dan Rasul. Itulah yang selalu dipesan Sarimah kepada Husna.

“Awal Husna balik hari ni? Tak ada kelas tambahan ke?”

Husna menggeleng. “ Cikgu Ramlah ada kecemasan. Dia batalkan kelas tiba-tiba. Hmm..ibu masak apa hari ni? Husna lapar la. “

“Hari ni ibu tak masak la sayang. Ayah nak bawa kita berdua keluar makan. Nak raikan sesuatu katanya

“ Wah, betul ke Ibu? Tentu ayah naik pangkat ni.”

Sarimah hanya tersenyum. “ Kalau Husna lapar, Husna isi perut dengan kuih dulu ye. Nanti masuk angin perut tu hilang selera nak makan makanan istimewa.” Husna mengangguk dan terus berlalu ke dapur.

Petang itu sekitar pukul 6, Razif membawa keluarganya keluar makan malam bersama. Sudah menjadi kebiasaan Razif sekeluarga mengambil makan malam seawal jam 6 petang dan kemudian mereka akan terus berjemaah di masjid atau surau yang berdekatan. Inilah rutin tarbiyah yang Husna terima sejak seusia 2 bulan lagi.

Ada bunga-bunga kegembiraan dan kesyukuran di muka Razif. Memang benar tekaan Husna, ayahnya telah dinaikkan pangkat daripada Pembantu Pengurus kepada Pengurus Kanan syarikat.

“Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang Kau berikan Ya Allah. Tahniah ayah. Husna doakan semoga rezeki ayah melimpah ruah untuk disumbangkan ke jalan Islam.”

“Amin…” sambut Razif dan Sarimah. “ Terima kasih sayang. Insyaallah, ayah akan memegang amanah yang diberikan ini sebaik mungkin. Sebenarnya ayah berasa berat sangat untuk menerima jawatan ini. Bila kita dilantik dengan jawatan yang tinggi maka akan bertambahlah amanah yang diberikan kepada kita. Bukan sahaja amanah kepada syarikat, rakan sekerja bahkan amanah kepada Allah juga. Ayah teringat satu peristiwa pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w., Saidina Umar Al-Khattab yang menjadi Khalifah Islam yang kedua selepas pemergian Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Umar amat takut untuk memikul tanggungjawab tersebut. Beliau rasa gelisah dan resah setelah dilantik menjadi khalifah.

Husna tahu tak kenapa?” Husna menggeleng.

“ Ini kerana beliau tahu azab yang akan diterima jika amanah yang dipikulnya itu tidak dilaksanakan seadil – adil dan sebaik-baiknya. Berbeza sekali dengan zaman sekarang, manusia  hanya memikirkan kedudukan dan kemewahan sehingga tidak takut sama sekali akan akibat yang bakal ditanggung jika amanah dan tanggungjawab itu diabaikan.” Husna mengangguk-mengangguk tanda setuju dengan pendapat ayahnya itu.

“ Husna juga harus faham, bukan seseorang yang berjawatan sahaja yang mempunyai amanah. Tetapi  kita juga memegang amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini, wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Seorang suami memegang amanah untuk mendidik isteri supaya rumahtangga yang dibina adalah berlandaskan Islam. Ibu dan  ayah beramanah untuk membesar dan mendidik anak-anak dengan ilmu dan amal Islam. Setiap rumahtangga yang dibina akan diuji dan hanya mereka yang punya iman dan taqwa sahaja, Insyaallah akan berjaya harunginya.” Jelas Sarimah lagi bagi memberi kefahaman yang terbaik untuk Husna.

Perbualan mereka terhenti setelah pelayan restoran menghantar pesanan mereka. Razif membawa mereka makan di sebuah restoran yang menyediakan masakan cina kerana Husna amat menggemari makanan cina. Husna rasa sangat bertuah kerana mempunyai ibu dan ayah yang melaksanakan amanah Allah dengan sebaiknya. Husna bersyukur pada Allah Yang Maha Memberi. Alhamdulillah.

Selepas makan malam tadi Razif telah membawa mereka sekeluarga ke Masjid Al-Hidayah berdekatan dengan rumah mereka. Malam ini ada ceramah isu semasa oleh seorang ustaz yang terkenal. Mereka sampai di rumah sekitar pukul 9.30 malam. Husna terus meminta izin untuk ke biliknya, ada kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Seusai membaca surah Al-Mulk, Husna terus membaringkan dirinya. Sesuatu yang terpendam di dalam hatinya bermain-main pula dibenak fikirannya.  Teringat perbualan dia, ibu dan ayah petang tadi. “ Apakah aku telah laksanakan amanah dengan sebaik mungkin?” Pertanyaan itulah yang keluar dari bibirnya.

Semua pelajar Sekolah Menengah Kampung Selasih berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing setelah loceng permulaan waktu pembelajaran berbunyi. Ada juga yang masih lagi berlegar-legar di depan pagar sekolah kerana didenda lewat oleh pengawas sekolah. Kelihatan Husna sedang membawa buku kedatangan pelajar masuk ke kelas 5 Sains.

 Begitulah rutin harian Husna, dia akan mengambil kedatangan rakan sekelasnya dan memungut kerja rumah jika dipesan oleh guru subjek masing-masing. Pada mulanya Husna menolak jawatan sebagai ketua kelas tersebut tetapi disebabkan guru kelasnya, Cikgu Ramlah merayu agar diterima sahaja jawatan itu dia akur kerana kelasnya kekurangan pelajar lelaki dan rata-rata pelajar lelakinya adalah pengawas sekolah yang mana mereka tidak boleh dilantik menjadi ketua kelas lagi.

Husna nekad. Setelah dia selesai tugas mengambil kedatangan, Husna berdiri di depan kelas. “Assalamualaikum w. b. k. semua . Maaf, Husna nak ambil masa kawan-kawan sekejap.  Semua sudah maklum yang kita telah memulakan tingkatan lima ini hampir 3 bulan, dan selama 3 bulan ini juga Husna memegang tanggungjawab sebagai ketua kelas. Betul tak?” Semua mengangguk tanda setuju.

“ Kenapa ni Husna tiba-tiba je cakap macam tu? Ada masalah ke?” Liyana, kawan baik Husna kelihatan bimbang melihat muka serius Husna.

“ Sebenarnya Husna tak ada apa-apa masalah cuma Husna berharap sangat kawan-kawan dapat memberi komen akan prestasi Husna. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi membangga diri tapi sebagai muhasabah diri. Husna takut Husna tersilap pandang, tersalah langkah sebab amanah yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan. Jadi Husna minta kerjasama kawan-kawan untuk emelkan sebarang teguran untuk muhasabah diri Husna. Husna hanya mahukan teguran jika ada, tak perlu pujian. Itu saja. Harap semua dapat memberi kerja sama. Terima kasih.”

Masing-masing mengangguk senyap.  Mungkin terkesima dengan kata-kata Husna. Bagi Liyana pula, Husna sudah pun menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Tidak pernah dia melihat Husna cuba untuk lari dari tanggungjawab.

“Husna.. Husna ada masalah ke?” Tanya Liyana lagi semasa mereka berdua makan bersama di kantin sekolah. Liyana memandang jam, waktu rehat tinggal 10 minit saja lagi tetapi nasi goreng di dalam pinggan Husna kelihatan tidak disentuh langsung.

“Eh, tak ada apa-apalah. Husna baik je.”

“Kalau tak ada apa-apa kenapa nasi goreng tu tak dijamah langsung? Kesian nasi tu menangis, waktu rehat pun dah nak habis ni.” Husna terus menyuap mulutnya. Dia pun harus cepat kerana ada janji dengan Ustazah Hasiah. Guru agama mereka meminta pertolongannya untuk membawa buku latihan yang sudah ditanda ke bilik darjah.

“ Husna, kalau awak ada masalah kongsilah dengan saya. Jika saya tak dapat membantu pun, Insyaallah akan kurang sikit bebanan dalam hati awak tu. Saya tengok keadaan awak ni pelik sejak pagi tadi.” Liyana cuba mengorek rahsia hati Husna. Bimbang melihat keadaan Husna yang termenung sahaja sejak dari pagi tadi.

Dalam keadaan tergesa-gesa Husna bangun setelah dia berjaya menghabiskan makanannya itu. “Baiklah, nanti lepas tamat waktu persekolahan kita jumpa di perpustakaan taman. Husna nak cepat ni. Nak jumpa Ustazah Hasiah. Ok Yana?” Liyana bersetuju. Dia pun memang bercadang untuk ke sana petang ini setelah Cikgu Nasir, guru matematik mereka membatalkan kelas tambahan tetapi ada latihan yang perlu disiapkan dan dihantar esok.

Malam itu, seusai berjemaah isyak di surau berdekatan rumah bersama ibu dan ayah, Husna membuka emelnya dan melihat kalau-kalau ada rakan sekelas menghantar emel padanya. Terngiang-ngiang kata-kata Liyana di benak fikirannya.

 “Apa yang ayah Husna sampaikan itu memang betul. Sebagai seorang hamba yang memegang pelbagai amanah di atas muka bumi ini, kita wajib melaksanakannya seadil-adilnya. Cara Husna minta pendapat kawan-kawan itu pun bagus, cuma Liyana harap Husna jangan terlalu memikirkan kesempurnaan, risau tak bertempat.”

“Risau tak bertempat?” Husna memandang Liyana dengan wajah yang keliru.

“Yalah, tengok macam hari ini, Husna hilang fokus dalam kelas disebabkan perkara itu. Jangan lupa kita juga ada amanah sebagai seorang pelajar. Jika kita terlampau memikirkan kesempurnaan terhadap satu perkara sahaja, kebajikan terhadap perkara yang lain boleh terabai. Jadi pada pendapat Liyana, Husna perlu ada keseimbangan dalam diri. Liyana faham, mendengar cerita dari ayah Husna menyebabkan Husna takut dan bimbang. Itu tandanya kita masih ada iman, tetapi janganlah rasa bimbang itu memakan diri pula. Bagi Liyana, Husna sudah melakukan yang terbaik.”

Husna senyum sendiri di depan desktopnya. Dia amat bersyukur mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Liyana. Sejak berkenalan dengan Liyana  4 tahun lalu semasa memulakan sesi persekolan tingkatan 1, Liyana adalah insan pertama yang memberi salam dan menghulurkan salam persahabatan kepadanya. Budi pekerti Liyana berjaya memaut hati Husna untuk terus menyambut persahabatan itu.

Setelah membaca kesemua emel yang diterima, kebanyakannya memberikan komen yang positif. Husna bersyukur lagi atas nikmat yang Allah berikan, mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang membantu.

Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi Allah.

22 Jan 2017

Mencipta Design Logo Yang Gempak

DESIGNER tidak perlu rasa tergugat dengan hasil orang lain kerana KELEBIHAN KITA adalah KEISTIMEWAAN KITA

20 Jan 2017

17 Jan 2017

Inspirasi: Ingat Allah 03


Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله

15 Jan 2017

Pastikan iklan yang dihasilkan berkesan

Tempoh 5-10 Saat Adalah Tempoh Masa Menentukan Sama Ada Orang Akan Tertarik Kepada Maklumat Dalam Iklan Dihasilkan atau Sebaliknya

11 Jan 2017

Akhirnya Aku...

Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada kamu dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas

9 Jan 2017

5 Cara Makan Yang Sihat Ketika Sarapan


Kajian mendapati bahawa apa yang anda makan  untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.

8 Jan 2017

Cara urus kemalangan kereta tanpa mengalami kerugian

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

6 Jan 2017

Memori Umrah 2016 Siri 3

Mengikut sejarah, selesai dua rakaat Baginda SAW bersolat di kawasan Masjid Qiblatain itu, turun wahyu ayat 144 surah al-Baqarah memerintahkan kiblat ditukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah

5 Jan 2017

Sedihnya..


Asalkan dapat ke sekolah itu sudah cukup memadai buat saya, pakaian baharu ataupun lama itu sama sahaja

Inspirasi: Masyarakat yang baik pun rezeki


Rezeki itu...
Ingat! Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki
#inspirasi #wardah #1media

Pulut Ayam Berempah

Enak dimakan sebagai sarapan pagi, minum petang atau dikala hujan

4 Jan 2017

Janji Alissa

Kenapa you tak pujuk saja mereka supaya lupakan saja hasrat mereka. Buang masa saja. Bukankah kehidupan mereka sekarang sudah bagus

Inspirasi: Andaikata Ada Kekurangan



Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa AS, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

#inspirasi #wardah #1media

3 Jan 2017

Realiti Hidup

Inilah dia Melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri. Taunya nak murah-murah aje. Kerajaan pula sibuk bawa masuk pekerja asing. Cis!

Inspirasi - Kita lupa الله yang menggerakkan hati kita ke rumahNYA


KITA TAK NAMPAK ALLAH...
Bila kita mampu berjemaah di surau @ masjid... Kita rasa kitalah orang baik. Kita lupa الله yang menggerakkan hati kita ke rumahNYA
#inspirasi #wardah #1media

2 Jan 2017

Handsome macam Brad Pitt

Wei, itula suami aku! Handsome kan!

Tips gaya hidup sihat Dr Hamid Arshad


Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu gaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.