11 Jan 2017

Akhirnya Aku...

Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada kamu dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas



Akhirnya Aku..

Oleh: Zhonni Abdi

Kenapa Syah?kenapa Syah lakukan semua ini ?Tangisan ibu tidak langsung melembutkan hati ini.Ibu terus memaut kaki kiriku.

”Sudahlah nak.. nak ibu sayang Syah ..”sayu sekali rayuan ibu nadanya semakin lemah namun tidak langsung berbekas dihati ini.

Tahap kemarahanku semakin melepasi batasannya,pautan ibu pula semakin erat “ Ibu !Syah sudah dewasa !!!”tengkingku.

“ Syah pohon pada ibu lepaskan Syah sebelum ..” tidak sempat Syah menghabiskan kata-katanya tangisan ibu makin menjadi memecah kesunyian pagi itu .

“Syah anak ibu ,ibu sayangkan Syah ,jangan tinggalkan ibu nak” rengekkan ibunya sendu dalam nafas tersekat .

Ibunya tidak menyangka Syah membuat keputusan begitu drastik sekali hanya kerana tidak membenarkan anaknya berkerja di Kuala Lumpur.
“Ibu jangan paksa Syah” pinta Syah suaranya agak rendah sedikit.

Tanpa di diduga ,Syah mengangkat kaki kanannya lalu menghayun sepakkan ke batang tubuh seorang insan yang bergelar ibu itu.Akibat sepakkan itu ibunya tersadung di penjuru meja di ruang tamu.

Airmata ibunya deras mengalir menahan kesakitan ,esakkan masih bersisa,maka mengalir cecair merah pekat dari dahi ibu Syah sedikit demi sedikit membasahi pipi.

Syah langsung tidak memandang ibu yang terjelopok di penjuru meja sebaliknya terus melangkah meninggalkan rumah .

Pandangan ibunya semakin kabur dan mengecil melihat anaknya semakin jauh melangkah.

Seorang ibu tersadai layu di atas lantai dengan lenangan airmata yang tidak henti.

“Mohd Syahril Irwan bin Abdullah!!” panggilan suara itu mematikan imbasan sejarah pahitnya itu.

.....


Rupa-rupanya pegawai penjara .” Ya tuan!” jawabku menghampiri tirai besi yang telah menjadi tempat kediamanku semenjak 3 tahun lalu. “Pagi esok tepat jam 5:30 pagi kamu akan menjalani hukuman yang telah dijatuhkan kepada kamu dalam perbicaraan mahkamah bulan lepas” beritahu pagawai itu kepadanya.

Fikirannya tiba-tiba mengembalikan saat ketika hukuman ke atasnya dibacakan di mahkamah . “Setelah saya mendengar hujah pembelaan dan dalil pendakwaan ke atas kamu saya selaku Hakim Perbicaraan pada hari ini yang bertarikh 3 Mac 2006 menjatuhkan hukuman kepada Mohd Syahril Irwan bin Abdullah ,Hukuman Gantung Mandatori .

Hukuman yang akan dilaksanakan pada tarikh 14 April 2006 hari Sabtu ,jam 5:30 pagi di Penjara Taiping.

Pesalah disabitkan diatas dua pertuduhan iaitu :Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah” ketika itu seluruh saluran darahku seolah terhenti tiba-tiba,dengupan jantungku berdegup laju sekali ,nafasku tersekat di hujung kerongkong,badan dan kaki seakan sudah lumpuh separuh badan ,tidak terdaya untuk melangkah.

Di saat itu hanya bayangan ibu terlintas di benak fikiran.

“Baik tuan!” balasku ringkas. “ Eeemm..tuan!” panggilku.

“ Saya ada permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman pagi esok” terangku dengan riak wajah penuh berharap.

“ Apa permintaan kamu ?” soal pegawai penjara tadi.

“ Boleh tuan berikan pakaian sepasang Baju Melayu saya yang ibu saya pernah berikan dahulu” pintaku bersungguh-sungguh.

Pegawai itu diam seketika “ Baiklah ,saya akan uruskan.Jika tiada apa-apa lagi saya pergi dulu."

Syah mengimbau semula , ketika hampir menjelang hari lebaran pada tahun pertama dia bermukim di singgahsana yang hanya berlantai simen tanpa hamparan permaidani dan bertirai besi hitam ,ibunya mengirimkan sepasang Baju Melayu warna kegemarannya biru tua yang bersulam pula dengan benang perak di leher dan lengan baju warisan Melayu itu.

Namun terdetik sedikit kekesalan dihatinya kerana ibunya hanya mengirimkan baju itu tanpa ingin bersemuka dengannya di sebalik tirai besi ini.

Mungkin kerana luka lama masih berdarah “Ibu !maafkan Syah jika tidak kerana kedegilan Syah sudah pasti ibu juga takkan menderita “ rintih Syah sendirian Keputusannya untuk berhijrah ke Kota Metropolitan Kuala Lumpur itu melakar sejarah perit dalam hidup Syah yang akhirnya terperangkap sendiri dalam kancah kehancuran yang membinasakan dirinya sendiri.

....................


Matanya mula berkaca,selera makannya hilang entah kemana,.Ibunya dimasukkan ke Hospital Sakit Men
tal selepas setahun setengah Syah dipenjarakan .

Pegawai penjara sebentar tadi kembali dengan bungkusan plastik yang berisi sepasang Baju Melayu yang dipinta Syah.

Setelah selasai menunaikan Solat Isya’ malam itu dia terus menghabiskan sisa hidupnya masih berbaki tidak sampai sehari dengan berzikir,membaca kitab suci Al-Quran dan menunaikan solat-solat sunat

Terpacul dua orang pegawai di pintu selnya sebagai tanda masa untuk dia menjalani hukuman sudah hampir.

Dalam sujudnya yang terakhirnya terakhir tangisannya semakin kuat sehingga membasahi hamparan sejadahnya.

Sebelum melangkah dia menadah tangan berdoa “ Ya Allah Ya Tuhanku!aku hamba yang berdosa ,masih ada lagikah ruang keampunan untuk hambamu ini ya Allah!Aku anak yang derhaka ,aku berdosa pada ibuku.

Wahai Ar-Rahim! Lembutkanlah hati ibuku untuk mengampuniku ya tuhan .

Andai ku tidak diampuni hanya Neraka sahaja layak untuk tubuh ini

Ya Allah!Aku mengerti airmata ini belum tentu mampu untuk mengurangkanku dari azabMu dan airmata ini juga belum dapat melenyapkan segala dosa yang telah aku lakukan.

Aku redha wahai Rabbul Jalil diatas takdir ini,dengan pengakhiranku ini.Tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah!!”


........................

Seluruh badannya terasa berat sekali untuk meninggalkan hamparan itu namun dipaksa jua untuk melangkah .

Dengan tangan yang bergari dia terus melangkah.,setiap langkahannya terasa begitu bermakna ,wajahnya tenang bibirnya pula tidak kering dari bertasbih.

Lintasan kenangan manis bersama ibu menerjah benak fikirannya sekali sekala terukir senyuman dan adakalanya berkerut dahi.

Sebelum Syah dijatuhkan hukuman ,datang seorang pegawai membisikkan sesuatu di cuping telinga salah seorang pegawai yang mengiringinya disebelah kanan Syah.

Tiba-tiba langkahan mereka terhenti seketika ,dia juga terkedu sebentar tanpa sebarang kata.

“ Kenapa tuan?”pertanyaan yang terpacul daripada Syah.

 “ Saya harap kamu dapat tenang dan sabar menerima segala takdir ini ,ibu kamu telah pulang meninggal dunia malam tadi akibat terjatuh di bilik air di hospital” terang pegawai itu .

“Ibuuuuuuuu!!!” seumpama gelap dunianya menerima perkhabaran itu ,Syah meraung memanggil ibunya.

“ Ibu!! Syah sayangkan ibu,Syah anak ibu,iampunkan Syah ibu” teriakkannya meluluhkan hati dua orang pegawai disisinya namun apakan daya hukuman tetap mesti diteruskan .

Airmatanya terus mengalir,mereka semakin hampir ke tempat hukuman,kepalanya di sarungkan dengan kain hitam.

Tiba ditempat yang dituju Syah diheret ke satu tempat yang lebih tinggi,tali jerut dimasukkan ke lehernya ,dia mengucapkan kalimah Syahadah dalam beberapa minit berbunyi “klik” lantai tempat berdirinya terbuka dengan kaki tergantung maka berakhirlah kehidupan seorang insan.

No comments:

Post a Comment