1 Jan 2017

Bantuan persekolahan, LZNK diserbu



empat syarat ditetapkan sebelum permohonan boleh dibuat

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mula mengagihkan 80,000 borang bagi permohonan bantuan awal persekolahan hari ini, sebagai inisiatif membantu rakyat berpendapatan sederhana menyediakan keperluan anak masing-masing.

Borang diagihkan di semua 12 daerah di Kedah termasuk melalui cawangan LZNK dan di masjid di seluruh negeri, bagi memudahkan golongan sasar membuat permohonan. Di Alor Setar sahaja, ribuan rakyat Kedah yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan sederhana mula beratur di hadapan Menara LZNK sejak awal pagi.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani Harun, berkata pengagihan 80,000 borang untuk mendapatkan bantuan zakat RM400 itu dijangka selesai dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata, empat syarat ditetapkan sebelum permohonan boleh dibuat meliputi pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah, selain mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak bagi pasangan suami isteri dan dua anak bagi ibu tunggal.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229150

No comments:

Post a Comment