8 Jan 2017

Cara urus kemalangan kereta tanpa mengalami kerugian

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.
🌾 MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

BAWA KERETA  ANDA KE  BALAI  POLIS  DULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu walaupun longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap kat dia, "Saya nak towing sahaja.."

Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari towkay bengkel.

Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat towkay bengkel sebab anda dah bagi job kat towkay bengkel itu.

Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan sahaja.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat menipu. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, claim duit balik kat towkay kedai tu. Kalau dia tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA! Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap, "Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu tipu je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.


ELAKKAN KEZALIMAN  SEMASA DALAM  KEMALANGAN

No comments:

Post a Comment