18 Jan 2017

Ini kisah Malang Tak Berbau

Kemalangan itu boleh berlaku sekelip mata. Semuanya dengan izin Allah.



Seorang nenek berbangsa Cina berjalan dengan anak dan cucu-cucu ke Zoo Taiping. Sambil duduk-duduk tunggu dan tengok cucu bermain, ada dahan pokok patah, jatuh atas kakinya. Disangkakan bengkak biasa, selepas seminggu masih bengkak dan sakit. Bila di x-ray, patah tulang jari kakinya...

Seorang budak 8 tahun. Bergurau senda dengan ayah dirumah. Sengaja ayah tendang kaki secara bergurau, terkena kaki si anak pada birai pintu. Lepas 3 hari kaki masih bengkak dan terlalu sakit. Didemah sudah, diurut sudah. Bila di x-ray, patah jari kelingking kaki kirinya...

Seorang ibu mendukung anak dirumah. Tidak perasan anak lagi seorang melintas dibelakangnya lalu berpusing dan terjatuh si ibu dengan free landing. Nasib baik bayi ditangan tidak terlepas. Kaki kiri membengkak dan sakit tidak terkira. Bila di x-ray, patah 2 tulang tapak kakinya...

Seorang pakcik bermesyuarat dengan beberapa rakan. Gagal menahan marah, si pakcik menumbuk meja. Seminggu, tangan yang menumbuk masih sakit. Terpaksa jugak kehospital. Bila di x-ray, retak teruk tulang tangannya. (Tapi ini macam cari sendiri je) :)

Kemalangan itu boleh berlaku sekelip mata. Semuanya dengan izin Allah. Nak cakapnya, kita memang tak mampu kawal diri kita, walaupun sekerlipan mata. Jika tidak diizin Allah, pasti tak jadi.
Jika jadi, bermuhasabahlah. Pasti ada hikmah, pasti ada teguran disebaliknya. Sentiasa percaya yang Allah susun itu pasti yang paling baik untuk kita.
:)

No comments:

Post a Comment