1 Jan 2017

Kembar tiga jadi tumpuan di SK Taman Perling 3

teruja untuk memulakan kelas pertama mereka


JOHOR BAHRU 1 Jan. - Kembar tiga antara 140 murid darjah satu Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 di sini yang menjadi tumpuan sesi persekolahan 2017 yang bermula hari ini.
Kembar itu, Sharifah Raniya Azzahra Syed Muhammad Ridza, Syed Muhammad Raiyan dan Sharifah Raiyna dilihat teruja untuk memulakan kelas pertama mereka selain mahu bertemu rakan-rakan baharu di sekolah itu.

Menurut ibu mereka, Norlinda Md. Johari, 35, anak-anaknya itu tidak mempunyai masalah untuk bangun pagi dan tidak juga menangis sekali gus kerja menguruskan mereka mudah.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, mereka bertiga pun senang nak diuruskan dan tidak menangis. Mereka gembira untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui di SK Taman Perling 3 di sini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/video-kembar-tiga-jadi-tumpuan-di-sk-taman-perling-3-1.426546#sthash.CrfitKTh.dpuf

No comments:

Post a Comment