29 Jan 2017

Keperluan Spesifikasi Komputer Bagi Seorang Designer

DESIGNER PERLU TAHU perkara ini kerana ia saling BERKAITAN DENGAN PROSES PENGHASILAN GRAFIK dan ada ketika ia menjadi penyebab TERGENDALA KERJA GRAFIK



๐Ÿ’Š KAPSUL DESIGNER (9)

Keperluan Spesifikasi Komputer Bagi Seorang Designer

๐ŸŒŸ CPU ( Processor )
๐Ÿ”ทDalam pasaran terkini DUA JENAMA yang menjadi pilihan dan mudah dilihat pada mana-mana perisian komputer iaitu Intel dan AMD. Kedua-dua jenama ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Untuk kerja berkaitan dengan grafik bagi Jenama Intel Digalakkan CPU i5 dan untuk Jenama AD model FX.

๐ŸŒŸ RAM ( Random Access Memory)
๐Ÿ”ทBiasa kita dengar orang menyebut tetapi ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya fungsi dan peranan RAM.Oleh kerana itu, antara persoalan yang diutarakan ketika membeli adalah bagaimana bentuk kegunaannya.

Jika kegunaaan yang multitasking maka penggunaan RAM yang rendah akan mmenjadikan kerja-kerja dihasilkan akan tergendala serta memakan masa lama.

Saranan terbaik untuk penggunaan kerja grafik yang asas 4GB ke atas lebih baik mengikut kepada keperluan penggunaannya.

๐ŸŒŸ GPU ( Graphic Processing Unit @ Grafk Kad )
๐Ÿ”ทBagi seorang Designer spesifikasi ini juga sering menjadi pertimbangan kerana harga dan kos mendapatkan GPU terbaik bukan perkara kecil. GPU mempunyai tahap dan kualiti tersendiri.

Tiga jenis yang biasa dilihat AMD, NVIDIA dan Intel.Kebanyakkan di pasaran kini adalah Intel Grafik yang dipadankan dengan GPU NVIDIA dan AMD mengikut kemampuan laptop tersebut.

Bagi hasil yang memuaskan NVIDIA dan AMD sangat sesuai bagi kerja grafik. Jika laptop hanya mempunyai grafik Intel semata-mata kemungkinan jangka ketahanan tidak lama.

๐Ÿ’ฌ Setidak-tidaknya DESIGNER PERLU TAHU perkara ini kerana ia saling BERKAITAN DENGAN PROSES PENGHASILAN GRAFIK dan ada ketika ia menjadi penyebab TERGENDALA KERJA GRAFIK.

Belajar Dan Tambahkan Pengetahuan Dalam Mendapatkan Hasil Terbaik๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Walid Ameerul Haq

1 comment:

  1. Terbaik. Lenovo s21e ok tak? Tolong buat review. Thanks

    ReplyDelete