5 Jan 2017

Pulut Ayam Berempah

Enak dimakan sebagai sarapan pagi, minum petang atau dikala hujan
Bahan-bahan :-

500gm beras pulut - direndam
2 helai daun pandan
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
1/4 cawan tepung beras
2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Dikisar atau ditumbuk lumat
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia
1/2 sudu teh lada hitam
Bahan sampingan
Bawang merah goreng - untuk ditabur atas pulut
Sos cili Thai secukupnya

Cara-cara penyediaan :-

1. Basuh beras pulut, simpulkan daun pandan dan kukus hingga masak. Ketepikan seketika. Selalunya beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3 hingga 4jam sebelum dikukus. Tips : untuk mempercepatkan proses tersebut, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15 ke 20minit toskan dan boleh terus dikukus.

2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk, rempah kari, serbuk kunyit, garam dan tepung beras. Perapkan dalam 10minit, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.

3. Goreng bawang merah sehingga kekuningan dan angkat. Pulut ayam lebih enak dimakan bersama-sama bawang goreng yang dihasilkan sendiri.

4. Hidangkan pulut kukus bersama ayam goreng, taburan bawang goreng serta sos cili Thai.

Enak dimakan sebagai sarapan pagi, minum petang atau dikala hujan. Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment