3 Jan 2017

Realiti Hidup

Inilah dia Melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri. Taunya nak murah-murah aje. Kerajaan pula sibuk bawa masuk pekerja asing. Cis!



KISAH REALITI KEHIDUPAN SESETENGAH MANUSIA

Joe nak pasang tiles di rumahnya. Dia tanya kawan kontraktor dia berapa harganya?."RM2000 Joe." "Mahal gila!!! Baik aku upah Indonesia kontrak buat. Baru berapa je.."
 
Esoknya Joe nak tempah baju untuk isterinya. Dia tanya Mak Kiah berapa upahnya? "RM120 Joe." "Mahal gila!! Baik aku upah Pakistan kat kedai bawah tu jahit.."
 
Esoknya Joe nak servis laptop. Dia tanya Ali berapa kosnya? "RM80 Joe.""Mahal gila!! Baik aku servis kat Bangla depan nun.."
 
Esoknya Joe masuk ofis. Bos bagi dia notis pemberhentian kerja. Joe tergamam. Dia tanya bos.. "Bos.. Kenapa saya diberhentikan..?" "Sebab gaji awak mahal. Saya nak upah Filipina ganti awak."
 
Joe bengang. Dia tulis status di fb. "Inilah dia Melayu. Bukan nak tolong bangsa sendiri. Taunya nak murah-murah aje. Kerajaan pula sibuk bawa masuk pekerja asing. Cis!" Sekarang dah ramai menganggur macam Joe.

#JanganJadiMacamJoe

No comments:

Post a Comment