5 Jan 2017

Sedihnya..


Asalkan dapat ke sekolah itu sudah cukup memadai buat saya, pakaian baharu ataupun lama itu sama sahaja
Melaka: Jika murid tahun satu yang lain ceria menggayakan seragam baharu pada hari pertama persekolahan, namun berlainan pula dengan seorang murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Keroh apabila hanya mengenakan pakaian kusam yang diberi oleh individu lain.

Penampilan murid cilik itu mendapat perhatian netizen apabila gambarnya ke sekolah diviralkan dan ramai yang simpati.

Disebabkan kesempitan hidup dialami kelurganya murid terbabit Fatimah Zahara, 7, bersama kakak, Julie Kalthum, 8,dan abangnya Farid, 17, hanya mengenakan pakaian tahun lalu dan disumbangkan oleh individu yang simpati dengan mereka .

Bagi abangnya Farid, kesempitan hidup dilaluinya bukan alasan buatnya untuk tidak ke sekolah dan bergaul dengan rakan yang lain.

Katanya, tiada istilah mengenakan seragam mahupun mendapatkan kelengkapan sekolah baharu kerana dia faham ibunya tidak mampu untuk berbuat demikian.

“Tiada apa yang hendak dikesalkan, ini semua sudah takdir dan ketentuan Allah jadi saya perlu kuat. 

“Asalkan dapat ke sekolah itu sudah cukup memadai buat saya, pakaian baharu ataupun lama itu sama sahaja, seeloknya guna apa yang ada sahaja,” katanya.

Katanya, buat apa hendak merungut kerana itu sudah takdir, pengorbanan ibu dalam membesarkan mereka tiga beradik sudah cukup, tidak perlu membebankannya.


(myMetro)

No comments:

Post a Comment